Amran Tompel meninggal dunia

0
1

PELAWAK dan pelakon, Amran Tompel, meninggal dunia di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 4.37 petang tadi.

Perkara itu disahkan Abang Allahyarham Amran, AR Badul yang berkata, adiknya yang berusia 72 tahun itu sepatutnya menamatkan kuarantin selepas disahkan positif Covid-19, hari ini.

“Betul, Amran sudah meninggal dunia. Saya baru balik dari Perak. Setibanya di Kuala Lumpur, baru saya sempat baca mesej yang dihantar di WhatsApp berkenaan kematiannya.

“Saya terus bertolak ke Seremban. Kematian Amran berpunca sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini, Amran positif COVID-19.

“Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir kuarantin,” katanya dipetik BH Online.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata jenazah Allahyarham Amran sudah dihantar ke hospital untuk urusan pemeriksaan dan pengebumian.

Hafiz berkata, Allahyarham Amran atau nama sebenar, Amran Aman Ramlie yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, meninggal dunia pada usia 72 tahun di sisi anak-anak.

“Beliau meninggal dunia akibat sakit kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama. Beliau meninggalkan empat anak hasil perkahwinan dengan isterinya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here