Hentakan di kepala punca kanak-kanak 11 tahun maut

0
1

HENTAKAN di kepala merupakan punca nyawa kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun melayang dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah anak yatim di Kuantan, Ahad lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat mangsa manakala kertas siasatan berhubung kes yang melibatkan suspek remaja berumur 16 tahun sedang dilengkapkan.

“Ada laporan sebelum ini menyebut mangsa dicekik dan sebagainya namun itu bukan punca kematian. Suspek juga tidak mempunyai rekod lampau dan masih direman hingga 27 Mac ini.

“Siasatan kes melibatkan kanak-kanak jadi tidak banyak benda yang boleh dikongsikan dan siasatan masih berjalan,” katanya pada sidang media Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapor Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh suspek, dalam kejadian yang didakwa berpunca akibat wang RM4. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here