Bodoh betul yang buat fitnah ni – Ahmad Maslan

0
1
Datuk Seri Ahmad Maslan

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan kononnya Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar esok yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan penularan surat kononnya dikeluarkan Ahmad bahawa Umno akan membincangkan status kedudukan semasa pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan usul SOSMA gagal mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

“Bodoh betul yang buat fitnah ni,” kata Ahli Parlimen Pontian itu ringkas menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau turut memuatnaik surat berkenaan sambil menulisnya sebagai PALSU. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here