“Saya di mahkamah sampai petang” – Najib

0
1
najib razak

“EH..semalam saya ada kat mahkamah sampai petang. Bukan kamu tak tahu,” kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menjawab tuduhan mendakwa beliau cuba gagalkan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dengan tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembangkang menolak usul kerajaan berkenaan pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berkenaan adalah satu lagi contoh cubaan memperbodohkan rakyat.

“Dia kata tolak undi untuk lanjutkan tempoh SOSMA bukan usaha Pakatan Harapan (PH) tak tepati janji dan MoU dengan kerajaan.

“Lalu dituduh bahawa saya yang cuba gagalkan MoU kerajaan sebab saya tak hadir untuk undi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Najib berkata, terdapat beberapa lagi Ahli Parlimen kerajaan yang turut tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat ketika usul berkenaan di undi semalam termasuk Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Adakah mereka juga nak gagalkan MoU supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam masa terdekat?

“Lagipun, kenapa pula PH tak tepati janji manifesto untuk mansuhkan SOSMA ketika memerintah? Kenapa hanya ingat kembali pada SOSMA semalam sahaja?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here