Sapura Energy: ‘Entah dari longkang mana Rafizi kutip fakta’ – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membalas ‘serangan’ Rafizi Ramli berhubung kenyatan Naib Presiden PKR itu dalam isu Sapura Energy Berhad sebagai fakta yang dikutip dari longkang.

Najib berkata, kenyataan Rafizi bahawa kerajaan telah menyuntik berbilion-bilion ringgit ke dalam Sapura Energy Berhad sejak satu dekad lalu sebagai tidak tepat kerana ia tidak pernah berlaku.

Katanya, sebaliknya ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan hanya Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyuntik wang ke dalam Sapura.

“Entah dari longkang mana dia kutip fakta. Kerajaan tak pernah suntik berbilion-bilion dalam Sapura.

“Yang suntik ialah PNB (wang Amanah Saham Bumiputera) pada tahun 2019, semasa kerajaan PH untuk PNB muncul sebagai pemegang saham terbesar Sapura dengan kepentingan 40 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan tuduhan Rafizi bahawa usaha menyelamatkan Sapura Energy adalah bagi membela ‘golongan elit’, selain menuntut beliau menjelaskan golongan elit tersebut.

“Dia kata ianya lebih elok untuk wang berbilion-bilion digunakan untuk bantu rakyat berbanding bantu Sapura.

“Tapi kalau Sapura tidak dibantu dengan kemudahan ‘soft loan’ maka sudah pasti wang pemegang ASB sebanyak RM4 bilion hangus begitu sahaja,” katanya.

Jelas Najib lagi, masalah Sapura Energy pada bukan kerana penyelewengan atau salah urus tadbir, ia berlaku disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman modal kerja sebanyak RM2 bilion pada 2019.

Semalam, Rafizi mendakwa cadangan Najib untuk menyelamatkan Sapura Energy adalah usaha untuk membela segelintir golongan elit, sedangkan semasa golongan itu bermewah hasil daripada pembiayaan wang rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, wang rakyat sebegitu besar jumlahnya itu lebih baik dibelajakan untuk membina kepakaran dan kemahiran usahawan-usahawan kecil, anak-anak muda, memberi pinjaman pendidikan dan seumpamanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here