SEORANG pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa, 14, dilapor hilang ketika mandi di sungai berhampiran rumahnya di Baling, Kedah.
AMD menerusi perkongsian di Facebooknya memaklumkan ketika ini Muhammad Saiful Ezzudin dan semua pelatih bawah 14 dan 15 tahun sedang bercuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing bermula 19 hingga 27 Mac 2022.
“Usaha pencarian masih giat dijalankan oleh pihak polis dan bomba.
“Justeru itu, kami memohon doa dari semua agar dipermudahkan operasi pencarian yang sedang dijalankan serta semoga pelatih tersebut dapat ditemui dalam keadaan selamat.
“Kepada Allah SWT tempat kami memanjat doa pertolongan dan perlindungan,” menurut hantaran itu. – Malaysiapost

