Pesawat China Eastern Airlines terhempas

0
2

SEBUAH pesawat milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas di pergunungan di wilayah Guangxi di selatan China, hari ini.

Memetik laporan CNN, setakat ini jumlah kematian disebabkan kejadian tersebut masih tidak diketahui.

Pesawat Boeing-737 itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar barat daya Kunming ke Guangzhou apabila terputus hubungan di bandar Wuzhou.

https://twitter.com/bnonews/status/1505829095204085760?s=

Menerusi kenyataan yang diedarkan secara dalam talian, turut dilaporkan, pesawat berkenaan membawa 123 penumpang dan sembilan anak kapal.

Berdasarkan rakaman yang disiarkan dalam talian dan dikongsi oleh media kerajaan menunjukkan kepulan asap berkepul-kepul dari kawasan pergunungan dan hutan.

Klip lain menunjukkan apa yang kelihatan seperti serpihan pesawat di laluan gunung berlumpur.

Setakat ini, China Eastern belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here