Isu beg sekolah berat tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

0
2
Bangunan Parlimen Malaysia

ISU beg sekolah berat dalam kalangan murid antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, soalan berkaitan isu tersebut dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan usaha kementerian bagi menangani isu bebanan bes sekolah berat yang ditanggung murid sekolah rendah.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh ketetapan serta perincian bagi menangani isu beg berat yang dihadapi murid secara menyeluruh.

Ia membabitkan penyediaan lokar di sekolah rendah, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan kerja, pengenalan buku teks digital, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here