Guan Eng kini Pengerusi DAP, Kit Siang Mentor parti

0
2

AHLI Parlimen Bagan, Lim Guan Eng kini bergelar Pengerusi Kebangsaan DAP setelah 17 tahun mengemudi parti itu sebagai Setiausaha Agung.

Perkembangan itu diumumkan menerusi senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2022-2025 malam ini.

Guan Eng pertama kali dilantik sebagai Setiausaha Agung pada 2004 dan tidak boleh dipilih semula kali ini setelah pindaan perlembagaan parti membenarkan seseorang memegang jawatan selama maksimum tiga penggal.

Dalam ucapan terakhirnya sebagai Setiausaha Agung hari ini, bekas Menteri Kewangan itu berterima kasih atas sokongan diberikan parti itu kepadanya.

Beliau juga menyatakan rasa bangga kerana sepanjang tempoh sebagai Setiausaha Agung, DAP menurutnya telah mentransformasi daripada bercita-cita menjadi parti pembangkang terbesar kepada cita menjadi kerajaan seterusnya.

“Kita telah menunjukkan DAP mampu mentadbir Malaysia. Saya berbangga kerana kita berjaya memupuk dua generasi pemimpin seterusnya yang akan meneruskan legasi kumpulan pertama pemuda dan pemudi yang mengasaskan parti kita 56 tahun lalu.

“Saya bangga kerana saya menyerahkan DAP yang lebih kuat kepada Setiausaha Agung yang seterusnya kerana DAP kini parti terbesar di Parlimen.

“DAP amat bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin generasi pertama kita Saudara Lim Kit Siang yang masih bersama kita untuk membimbing kita dengan kebijaksanaan dan pandangan beliau,” katanya.

Guan Eng juga memberi jaminan akan menyokong Setiausaha Agung yang baharu, Anthony Loke dan bekerjasama dengan generasi baharu pemimpin DAP untuk membina parti tersebut.

Sementara itu bapanya, Lim Kit Siang yang terdahulu hari ini mengumumkan persaraan daripada politik, dilantik sebagai Mentor parti tersebut.

Senarai Penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2022-2025

Pengerusi Kebangsaan: Lim Guan Eng

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok Suh Sim

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Agong: Liew Chin Tong, Sivakumar Varatharaju Naidu (co-opted), Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (co-opted)

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Sim Chee Keong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan Ng Suee Lim, Khoo Poay Tiong (co-opted)

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching

Penolong Setiausaha Publicity Kebangsaan: Yeoh Tseow Suan, Ganabatirau A/L Veraman (co-opted)

Setiausaha Antarabangsa: Jannie Lasimbang

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani A/P Patto

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Wong Kah Woh

Penolong Pengarah Politik Kebangsaan: Wong Shu Qi

Ahli Jawatankuasa: Tan Kok Wai, Lim Lip Eng, Lim Hui Ying, Alice Lau Kiong Yieng, Chan Foong Hin, Liu Tian Khiew, Tan Hong Pin, Young Syefura Binti Othman, Teo Kok Seong, Su Keong Siong, Wu Him Ven, Syahredzan bin Johan (co-opted)

Mentor Parti: Lim Kit Siang

Penasihat: Tan Kok Wai

Ketua Parlimen: Nga Kor Ming-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here