TV3 Pandang serius adegan ‘panas’ drama Perempuan Itu

0
1

SISTEM Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai petikan adegan drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.

TV3 dalam satu kenyataan menegaskan adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.

“Malahan adengan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengundian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, TV3 turut mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.

Terdahulu petikan adegan ‘panas’ drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin bersama pelakon baharu Siti Hariesa mencetuskan kecaman dan me dapat perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menegur mengenai perkara itu.

Idris mengakui kecewa dengan perkongsian video promosi drama terbaharu lakonan dua pelakon berkenaan yang tular ketika umat Islam menanti kedatangan bulan Ramadan. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here