Demi anak terus berkuasa, Kit Siang ‘korbankan’ diri? – Najib

0
1

DEMI anak terus berkuasa, veteran DAP Lim Kit Siang ‘korbankan’ diri. Demikian persoalan dibangkitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan pengumuman persaraan Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkenaan hari ini.

“Demi anak terus berkuasa, uncle (Kit Siang) “korbankan” diri? soalnya di laman Facebook, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, turut merujuk kepada laporan sebuah portal berita semalam mengenai kemungkinan Kit Siang enggan bertanding merebut kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, hari ini.

Laporan yang memetik sumber itu, mendakwa berlaku rundingan ‘sarat’ membabitkan pemimpin tertinggi DAP berhubung pemilihan CEC.

Kata sumber berkenaan, Kita Siang enggan merebut jawatan dalam parti bagi memberikan laluan kepada anaknya Lim Guan Eng dipilih sebagai pengerusi parti itu.

Ini kerana Guan Eng terpaksa melepaskan jawatan Setiausaha Agung DAP selepas berkhidmat untuk tempoh maksimum tiga penggal yang dibenarkan di bawah perlembagaan parti.

Terdahulu, Kit Siang hari ini mengumumkan persaraannya selepas 56 tahun berkecimpung dalam arena politik tanah air.

Kit Siang mengesahkan tidak bertanding untuk sebarang jawatan dalam kongres DAP kali ini dan tidak akan menyertai mana-mana kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika berucap di Kongres Kebangsaan DAP Ke-17, yang diadakan di Shah Alam, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here