JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak); Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).
“Manakala Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah! Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) • WP Labuan sehingga 1 pagi; Ahad, 20 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

