PRU15: BN hormati MoU dengan pembangkang – Tok Mat

0
1

TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan meminta diberi ruang kepada ‘top five’ pemimpin utama parti membincangkan tarikh yang sesuai diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau berharap tarikh PRU15 diadakan dalam masa terdekat memandangkan BN sedang dalam mood baik diterima rakyat ketika ini.

“Alhamdulillah biarlah ‘top 5’ berbincang bila pula nak diadakan pilihan raya…jangan kita tunggu lama-lama tapi biar dia orang rasa seronok dulu.

“Sebagai pemimpin yang telah pun berjanji untuk terus bersefahaman dengan pihak-pihak pembangkang sampai Julai, kita lalukanlah bulan Julai.

“Dan selepas itu, biar kami berlima berbincang jangan banyak sangat bincang macam kedai kopi susah nanti. Banyak kepala nanti rosak sup kita.

“Seorang nak banyak garam seorang nak kurang garam, lama-lama pening kepala,” gurau beliau dalam ucapan pergulungan perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu di awal ucapannya, Mohamad menegaskan, Umno akan membuat pemilihan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan memang berlaku setiap kali diadakan pemilihan.

“Saya minta Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) tolong perhatikan sikit kalau kita tulis kepada RoS (Pejabat Pendaftar Pertubuhan) jangan ada orang yang menghalang keputusan parti kita kerana menterinya bukan daripada Umno, tahu sahajalah, susah kita nanti.

“Jika ini kita dapat luluskan, maka ini yang menjadi perkara hangat dibincangkan mutakhir ini oleh orang-orang Umno yang perlu diselesaikan.

“Kita tak kisah tetapi apa yang kita takutkan ialah menghadapi pilihan raya selepas pemilihan parti diadakan kerana sejarah menunjukkan jelas bahawa setiap kali ada pemilihan parti perpecahan memang berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here