45 hari lagi ‘Top Five’ Umno bincang tentukan tarikh PRU15

0
1

LIMA kepimpinan tertinggi Umno akan mengadakan perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selang 45 hari mulai hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelima-lima mereka sudah bersetuju untuk mengadakan pertemuan itu biarpun tidak pernah dilakukan kepimpinan parti sebelum ini.

“Kekerapan untuk kami berlima bertemu adalah tidak kurang daripada sebulan setengah bagi setiap pertemuan namun jika ada isu yang melibatkan parti dan juga isu rakyat kami akan berjumpa lebih kerap daripada itu.

“Optik dan naratif tidak kita akan diumumkan kepada umum kerana itu adalah perbincangan dalam parti,’ katanya dalam sidang media selepas penggulungan presiden di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan, langkah itu perlu bagi memastikan mereka berada dalam situasi sama bagi memperkasa dan menyediakan parti ke arah PRU15 tidak lama lagi.

“Kita merasakan keakraban kebersamaan pemimpin utama dalam Umno bukan sahaja telah memperoleh persetujuan daripada ahli MKT, tetapi kita merasakan konsep musyarawah dan kesepakatan secara syura ini kita lakukan biarpun ia tidak terdapat dalam peraturan atau Perlembangaan Umno.

“Kami berlima mengambil inisiatif sendiri untuk perkuatkan sekiranya ada masalah bukan dalam kalangan kami malah dalam parti serta isu nasional,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Umno berpendapat perjanjian (MoU) ditandangani antara kerajaan dan pembangkang harus dihormati.

“Kita tidak ada garis masa kita akan adakan mesyuarat sekarang, kita (top 5) akan bermesyuarat bukan bersandarkan kepada isu tapi perkara lain yang didorong oleh parti dan rakyat.

“Soal garis masa (PRU15) kita merasakan MoU yang telah ditandatangani antara kerajaan dan parti pembangkang telah ditetapkan pada Julai maka PRU sama ada mahu diadakan sebelum atau selepas itu.

“Maka MOU itu dihormati dan beberapa pertimbangan politik akan dijanjikan asas perdana menteri untuk gunakan budi bicara untuk menentukan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here