TEGURAN Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mestilah diterima daripada sudut positif oleh setiap ahli parti.
Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata meskipun beliau belum mendengar lagi bantuan seperti ‘ada udang di sebalik batu’ terhadap ahli parti, namun kenyataan Ahmad Zahid itu boleh dianggap sebagai peringatan kepada ahli parti.
“Bantuan yang dikaitkan dengan pemilihan, saya tak pernah dengar lagi.
“Tapi kalau bantuan untuk parti hadapi pilihan raya di Johor, banyak pihak yang membantu, perwakilan nak datang ke Kuala Lumpur banyak pihak membantu, itu saling membantu, itu tanggungjawab kita.
“Tapi bantuan ‘ada udang di sebalik batu’ misalnya kerana itu saya tak dengar lagi setakat inilah,” katanya kepada media selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Ketua Umno Bahagian Ketereh itu berkata demikian mengulas ucapan Ahmad Zahid ada gerakan dalaman, malah ada yang melakukan ‘cai’ untuk persediaan pemilihan parti tahun ini. – Malaysiapost

