PRU15: Elok tangguhkan dulu, kata KJ

0
1

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu ditangguhkan terlebih dahulu di sebalik desakan kepimpinan Umno yang mahu ia disegerakan.

Khairy berkata PRU15 boleh diadakan apabila keadaan kesihatan awam stabil daripada ancaman wabak Covid-19 yang mana kes harian ketika ini masih tinggi.

“Sebagai Menteri Kesihatan, wjar kita tunggu dulu (PRU15), sehingga keadaan kesihatan awam stabil dan saya lihat semangat Presiden… betul walaupun Umno mahu PRU awal, tapi akhirnya dia (Presiden) kata serah kepada Perdana Menteri.

“Dan Perdana Menteri akan ambil kira pandangan bukan saja soal pemulihan negara, perjanjian dengan pembangkang untuk reformasi instutusi, tapi juga saya peraya beliau akan mendengar pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan kesihatan awam.

“Kita akan memasuki Fasa Peralihan Endemik, tapi lebih baik kita tangguh dulu perkara yang merumitkan ini dan PRU adalah perkara yang boleh kita tangguhkan dulu sehingga keadaan kesihatan awam lebih stabil,” katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata kenyataan beberapa pihak dalam Umno supaya pemilihan parti diadakan selepas PRU15 perlu terus dibincangkan.

“Dari segi ‘timing’ kita tahu pemilihan parti perlu diadakan sebelum akhir tahun ini. PRU seperti disebut Presiden tadi, diserah kepada Perdana Menteri untuk tentukan mengikut Perlembagaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Kuasa jemaah menteri pula untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pembubaran itu perlu diambil kira… bagi saya perkara itu masih dinamik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here