MOF nafi Tengku Zafrul letak jawatan

0
2

KEMENTERIAN Kewangan menafikan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meletak jawatan daripada Kabinet.

Kementerian itu melalui laman Twitter rasminya memaklumkan, surat peletakan jawatan dikatakan daripada Menteri Kewangan yang tular di media sosial itu adalah palsu.

“Kementerian Kewangan ingin menafikan surat perletakan jawatan Menteri Kewangan yang tular.

“Fokus beliau kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu Covid-19,” katanya.

Semalam, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, ketiadaannya di Dewan Rakyat disebabkan beliau mempunyai hal kecemasan yang perlu diuruskan dan ia sudah dimaklumkan terlebih awal.

Spekulasi peletakan jawatan beliau timbul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan meluluskan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here