Covid-19: Kematian terus meningkat, 105 kes dilaporkan semalam

0
1
Skuad jenazah Covid-19 Malaysia mengusung jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA merekodkan kematian tiga angka akibat Covid-19 dengan 105 kes dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan angka korban disebabkan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 34,099 kes, sejak wabak melanda.

Menerusi data portal COVIDNOW, daripada jumlah kes kematian itu, 29 daripadanya adalah kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan BID mencecah 7,128 kes.

Sementara itu, data berkenaan memaklumkan sebanyak 299,331 kes aktif di negara ini.

Sebanyak 96.6 peratus atau 289,043 individu kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sementara, 2,082 pesakit Covid-19 kini menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, 7,832 pesakit mendapatkan rawatan di hospital dengan 141 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seramai 233 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here