Tok Mat tegur pemimpin Umno catur perpecahan dalam parti

0
1

DATUK Seri Mohamad Hasan menegur segelintir pemimpin Umno yang gemar mencatur perpecahan dalaman parti sehingga wujud “kluster’ dalam parti itu.

Timbalan Presiden Umno itu berkata budaya sebegitu boleh merencatkan Umno daripada menjelmakan potensi sebagai parti terkuat orang Melayu.

Sambil mengakui Umno tidak lari dari masalah dalaman kerana ia lumrah dalam politik, namun ia tidak boleh dibiarkan kerana akan menyekat Umno daripada menjelmakan potensi besar dimilikinya untuk menjadi suara politik sebenar bangsa Melayu.

“Malangnya bukan kita tak tahu, antara kita ada yang sangat gemar mencatur perpecahan dalam Umno. Sehingga muncul segala macam puak, ‘kluster’ itu dan kem ini.

“Semuanya datang dari dalam Umno sendiri,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata telah tiba masanya semua orang Melayu, kembali ke pangkuan Umno.

Katanya lagi, cukuplah orang Melayu bersaing dengan memudaratkan bangsa danUmno perlu menjadi satu-satunya wadah paling berpengaruh, paling kuat dan paling unggul untuk politik Melayu.

Beliau juga mengingatkan Ahli Parlimen Umno supaya tidak menentukan jalan sendiri yang bercanggah dengan kepimpinan parti.

“Para perwakilan yang dikasihi. Saya mesti ingatkan, saya perlu nyatakan, Ahli Parlimen kita pula janganlah menentukan jalan sendiri. Janganlah bercanggah nyata dengan pendirian kepimpinan parti.

“Sesungguhnya sebagai parti yang hendak kembali kuat, Umno tidak akan benarkan sesiapa juga melupakan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang mewakili
Umno. Bukan mewakili kelompok tertentu dan pemimpin tertentu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here