MB baharu jangan lupa laksana Enakmen Anti Lompat Parti

0
1

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diharap segera melaksanakan Enakmen Anti Lompat Parti yang terkandung dalam 5 Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor.

Harapan itu disuarakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sebelum ini giat memperjuangkan penggubalan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat.

“Tahniah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor ke-19. Jangan lupa ya Ikhtiar Manifesto; Enakmen Anti Lompat Parti yang akan menjadi Agenda Reformasi Politik.

“Jangan lambat, takut ada katak melompat dan tak cukup ADUN nak sokong dalam DUN,” tulisnya di Facebook hari ini.

Menerusi Ikhtiar Kelima iaitu Reformasi Politik yang ditawarkan BN Johor ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, antara lain mendukung Enakmen Anti Lompat Parti.

Terdahulu teka-teki siapa Menteri Besar Johor yang baharu berakhir apabila Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap melafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar semalam. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Onn Hafiz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here