SETELAH sekian lama berjuang, Pemuda Umno menzahirkan rasa syukur susulan kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran RM10,000 simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Rasa syukur itu dizahirkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sujurus selepas berita baik itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.
“Alhamdulillah, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Terima kasih YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob!,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebooknya.
Terdahulu Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya.
Beliau memaklumkan penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. – Malaysiapost

