Harap syarat pengeluaran khas KWSP tidak membebankan

0
1

BERITA gembira mengenai kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 mendapat sambutan ramai terutama warga maya.

Ruangan komen laman media sosial rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dihujani ribuan ucapan terima kasih daripada rakyat yang bersyukur dengan pengumuman yang dibuat hari ini.

“Sesungguh Allah SWT sentiasa mendengar doa hambanya Aminnnn….Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri,” tulis Faziyah Ghazali.

“Alhamdulillah..terima kasih kerana mendengar keluhan rakyat. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas dengan kebaikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Allahumma Aamiin,” kata Nazira N. Mohinggil.

Sementara itu, ramai juga yang berharap agar proses atau syarat pengeluaran khas itu membebankan kerana rakyat sangat mengharapkannya.

“Menangis baca berita ni…Allah..memang memerlukan sangat-sangat. terimakasih ya Allah…harap dipermudahkan urusan pengeluarannya nanti,” kata Norlia Ismail.

“Alhamdulillah, moga kriteria pengeluaran longgar dan memudahkan rakyat,” kata Redza Zainol.

Terdahulu Perdana Menteri dalam pengumumannya memaklumkan penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Susulan itu Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu kenyataan memberitahu butir-butir mengenai pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here