Beri peluang Hadi pula jadi ‘poster boy’ PN – Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi secara sinis meminta Perikatan Nasional (PN) menggunakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ‘poster boy’ gabungan itu dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit itu berkata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘poster boy’ tidak bertaring setelah gagal dalam tiga siri Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, selain PRN Johor dan Melaka, Muhyiddin juga gagal menjadi ‘poster boy’ yang menguntungkan Bersatu apabila di Sabah kerusi dimenangi Umno lebih banyak daripada kerusi parti pimpinannya.

“Tetapi ahli Bersatu tidak setuju Muhyiddin letak jawatan. Muhyiddin sahaja yang banyak duit. Sebab itu dia amat diperlukan untuk PRU15.

“Lagi pun dendam Muhyiddin belum habis. Dia mahu Najib (Razak) dan Zahid (Hamidi) tergolek habis. Dia sama macam Mahathir (Mohamad). Pendokong tegar pokitik dendam.

“Elok Muhyiddin berjiwa besar setelah gagal tiga kali jadi poster boy. Bagi peluang pada Ustaz Hadi jadi poster boy. Mana tahu untung sabut timbul,” katanya.

Pada PRN Johor yang berakhir Sabtu lalu, PN hanya memenangi tiga daripada 56 kerusi DUN ditandinginya berbanding Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here