Maritim tahan bot tunda

0
1

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri menahan sebuah bot tunda kerana disyaki tiada lesen perkapalan dalam negeri (DSL) pada jarak lebih kurang lapan batu nautika dari muara Sungai Miri, Sarawak petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Kapal Maritim (KM) Stapa yang sedang menjalankan rondaan operasi di sekitar perairan Miri telah mengesan sebuah bot tunda dalam keadaan berapung dan mencurigakan.

Kapal Maritim (KM) Stapa yang sedang menjalankan rondaan operasi di sekitar perairan Miri telah mengesan sebuah bot tunda dalam keadaan berapung dan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan lapan kru lelaki, terdiri daripada lima warga Indonesia, dua warga India dan seorang warga tempatan, berumur dalam lingkungan 22 hingga 53 tahun.

“Kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen perkapalan ketika diperiksa,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, semua kru dan bot tunda berkenaam kemudiannya ditahan serta diiring masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Pulau Melayu untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Kapal Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here