Khairuddin dipelawa sertai Umno, BN

0
1

BEKAS Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengumumkan keluar daripada parti itu, hari ini dipelawa meneruskan perjuangan menerusi wadah Umno dan Barisan Nasional (BN) sebentar tadi.

Pelawaan itu dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang yakin Ahli Parlimen Kuala Nerus itu seorang yang kental semangatnya.

“Berita YB Datuk Khairudin At-Takiri keluar Pas tidak memeranjatkan. Beliau di ketahui disisih beberapa kali dalam partinya, dan berhadapan beberapa isu lain.

“Saya yakin beliau seorang Ahli Parlimen yang kental semangatnya.

“Sebagai rakan ahli parlimen saya berharap beliau mempertimbangkan untuk terus berjuang menerusi wadah Umno dan Barisan Nasional pula. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Mohd Khairuddin dalam sidang medianya di Parlimen, hari ini mengumumkan keluar daripada Pas dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau menyerahkan menyerah satu surat merujuk kepada Perlembagaan PAS fasal 15 (1) pemberhentian ahli dengan permintaan sendiri kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada jam 2.30 petang tadi.

Mohd Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti bagaimanapun tidak menjelaskan alasan mengapa beliau keluar parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here