‘Saya masih Ahli Parlimen Simpang Renggam’ – Maszlee

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1637908400444","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

DR Maszlee Malik yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menegaskan bahawa beliau masih Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang itu berkata, beliau akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sumbangan kepada masyarakat di Simpang Renggam.

“Saya tahu ada usaha untuk mempercepatkan pilihan raya dan sehingga detik terakhir tempoh perkhidmatan di Simpang Renggam saya akan memberikan yang terbaik kepada rakyat tanpa membezakan parti, ideologi, agama, bangsa daripada mana mereka pun

“Saya akan komited membawa isu-isu berkaitan Simpang Renggam kepada Kerajaan Negeri mahupun di Parlimen nanti,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Beliau berkata, akan kembali ke Parlimen pada minggu hadapan untuk membawa isu-isu rakyat.

“Pertama berkaitan pendidikan yang sentiasa berada dalam jiwa saya, isu-isu berkaitan OKU dan masyarakat rentan dan masyarakat di Simpang Renggam

 “Saya juga akan kembali aktif dalam jawatankuasa khas pendidikan. Seperti biasa membawa isu pendidikan, ke Parlimen. Menjadi telinga, dan suara kepada rakyat sekelian,” kata Maslzee.

Maszlee turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat  yang telah memberikan undi kepadanya dalam PRN Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here