BN diberi mandat tadbir Johor

0
2

RAKYAT Johor kembali memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dengan kemenangan selesa.

BN mendapat mandat mutlak selepas disahkan memperolehi majoriti besar 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN memenangi PRN Johor sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Kerusi dimenangi BN adalah Buloh Kasap, Pemanis, Kemelah, Tenang, Bekok, Bukit Pasir, Gambir, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Yong Peng, Semarang, Parti Yaani, Parit Raja, Senggarang, Rengit, Machap, Layang-Layang, Mahkota, Paloh, Kahang, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Permas, Larkin, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas dan Kukup.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi Tangkak, Jementah, Bentayan, Simpang Jeram, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai dan Senai

Manakala, Perikatan Nasional (PN) menang tiga kerusi di Bukit Kepong, Maharani dan Endau

PKR hanya memenangi satu kerusi iaitu di Bukit Batu dan begitu juga Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memang di Puteri Wangsa.

Seterusnya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Warisan gagal memenangi sebarang kerusi 

Pengerusi  SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media berkata, seramai 1,426,573 juta atau 54.92 peratus pengundi telah keluar mengundi meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

“Untuk keterangan lanjut mengenai keputusan PRN Johor boleh layari laman web spr.gov.my,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here