26,089 kes baharu Covid-19 semalam

0
2
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

KES harian Covid-19 merekodkan sebanyak 26,089 kes baharu semalam, selepas empat hari berturut-turut melepasi angka 30,000.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 3,801,036 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 25,705 kes tempatan dan 545 kes import.

“Sebanyak 8,652 kes iaitu 32.96 peratus dalam kategori 1, dan 17,421 kes atau 66.37 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 70 kes iaitu 0.26 peratus, kategori 4 sebanyak 60 kes dengan 0.23 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 47 kes atau 0.18 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 177 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 43 kes iaitu 24.29 peratus tidak atau belum divaksinasi, 91 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 43 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 99 kes berumur 60 tahun ke atas, 77 kes mempunyai komorbid, dan dua kes melibatkan ibu mengandung,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan dua kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,875 kluster dengan 6,480 kluster telah tamat dan 395 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 25,089 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,443,532 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here