Vaksin: 31.5% kanak-kanak terima dos pertama

0
2
vaksin uitm

SEJUMLAH 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 15,238,078 individu atau 64.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak Covid-19.

Seramai 22,933,696 atau 97.5 peratus daripada kumpulan sama melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,210,290 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,835,698 individu atau 91.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap vaksinasi.

Manakala 2,935,797 atau 94.3 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam 58,326 dos vaksin diberikan, dengan 23,938 sebagai dos pertama, diikuti 1,678 sebagai dos kedua dan 32,710 sebagai dos penggalak.

Ia sekali gus menjadikan kumulatif dos vaksin dikeluarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,064,755. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here