BARISAN Nasional (BN) telah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi terkini.
Perkara itu turut dikongsikan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook rasminya.
“Keputusan tidak rasmi BN telah berjaya memenangi PRN Johor dengan majoriti dua pertiga. Alhamdulillah.
“Terima kasih Bangsa Johor,” katanya.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 10 malam ini, BN mendahului di lebih 39 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. – Malaysiapost

