‘Rakyat Johor keluarlah mengundi’ – Che’gu Bard

0
2

PENGARAH Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin merayu pengundi Johor untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan segera.

Gesaan itu dibuat Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard selepas jumlah peratusan keluar mengundi yang dilaporkan agak rendah.

“Sekitar jam 10 pagi keluar mengundi di Zon Timur hanya sekitar 15 – 16 % sahaja. Agak rendah mohon jasa baik semua jentera tumpu keluarkan pengundi.

“Kepada semua pengundi keluarlah mengundi jika tidak kita akan dapat pemimpin penipu dan koruptor yang memerintah dengan undi bukan majoriti dari jumlah pengundi,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Hari ini rakyat Johor mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi memilih kerajaan negeri baharu, menyaksikan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun merasai pengalaman mengundi buat pertama kalinya.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi membuka pintu bermula 8 pagi tadi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebanyak 36,729 kertas undi pos telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan menjalankan tanggungjawab mengundi awal, pada Selasa lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here