Polis buru lelaki tampar, pulas tangan anak tiri

0
2

POLIS sedang mengesan seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya berusia lima tahun yang tular menerusi sebuah video di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol, berkata sebelum video tersebut tersebar di media sosial, polis terlebih dulu menerima laporan daripada ibu kanak-kanak lelaki itu semalam.

Katanya, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa anak lelakinya dipukul oleh suami bekerja sebagai pemandu lori berusia 30 tahun yang baru dikahwininya sebulan lalu.

“Berdasarkan video itu, suspek didapati memarahi mangsa serta bertindak memulas kedua-dua tangan dan menampar mangsa.

“Wanita itu kemudian mempertahankan anaknya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk mangsa.

“Suspek sudah kita kenalpasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan seorang lelaki memarahi seorang kanak-kanak, dan memulas tangan anak tirinya.

Dalam video berkenaan, ibu mangsa tampil menghalang tindakan lelaki itu dengan memeluk anaknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here