BARISAN Nasional (BN) mendahului parti-parti lain di 43 daripada 56 kerusi setakat jam 7.40 malam tadi, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan
Menurut Ahmad, antara kerusi yang BN sedang mendahului dengan perbezaan 1,000 undi adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dan Seri Medan.
Beliau berkata demikian di Command Centre BN di Johor Bahru.
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong antara pemimpin BN yang telah tiba di Command Centre.

