Aliran trafik bergerak perlahan arah selatan

0
2

ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dilaporkan bergerak perlahan sepanjang 15 kilometer (KM) berikutan pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi.

Menerusi hantaran Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan sepanjang 15 KM dari persimpangan Putra Mahkota ke Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban.

Bagaimanapun, tiada kemalangan yang dilaporkan setakat ini.

Pertambahan kenderaan menghala arah selatan kemungkinan disumbangkan oleh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini dan cuti persekolahan.

Sementara itu, aliran trafik turut bergerak perlahan dari persimpangan Skudai ke Senai sepanjang 7.1 KM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here