Tiada diskaun tol 50 peratus balik mengundi – PLUS

0
2

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi sepertimana yang tular di media sosial.

Menurut PLUS, pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat itu untuk mengelirukan orang ramai dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit.

“Selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial,” menurut PLUS dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan memaklumkan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bermula pada 12 tengah malam 11 Mac bagi semua perjalanan menghala ke selatan tanah air sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Seramai lebih 2.5 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRN Johor membabitkan 1,021 Pusat Mengundi di seluruh Johor esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan seramai 2,539,606 orang pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here