Pan Gon panggil Safiq Rahim, De Paula tiada dalam senarai

0
1

SELEPAS hampir lima tahun, bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim kembali dipanggil untuk menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan.

Nama pemain berusia 35 tahun itu berada dalam senarai 30 pemain yang diumumkan pengendali skuad negara, Kim Pan Gon untuk menjalani latihan pusat bermula 14 Mac ini.

Ia bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Filipina dan Singapura pada 23 dan 26 Mac ini, selain aksi bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac.

Safiq sebelum ini memgumumkan persaraan dari pentas bola sepak antarabangsa pada 2016 namun kembali memperkuatkan skuad Harimau Malaya ketika dibimbing Nelo Vingada pada 2017.

Sementara itu Pan Gon memanggil seramai 14 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), masing-masing tiga dari Selangor, Terengganu serta PJ City FC, masing-masing satu dari Sabah, Negeri Sembilan dan Sri Pahang.

Pan Gon juga memanggil tiga pemain yang berkelana di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Dion Cools (SV Zulte Waregem) dan Liridon Krasniqi (Odisha FC).

Dalam pada itu pemain KL City FC, Zhafri Yahya berada dalam senarai bersedia bersama tiga rakan sepasukannya termasuk Akram Mahinan, selain dua pemain veteran, Ahmad Hazwan Bakri serta Norshahrul Idlan Talaha. – Malaysiapost

Senarai 30 pemain dipanggil Kim Pan Gon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here