Semua pihak kini setuju pengeluaran terakhir KWSP – Asyraf Wajdi

0
1

KERAJAAN diharap membenarkan tuntutan rakyat bagi pengeluaran kali terakhir simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan segera susulan ramai pihak kini menyokong pengeluaran berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata terbaru hari ini Ketua Pembangkang turut menyatakan sokongan bagi pengeluaran itu susulan rakyat kini dalam keadaan terdesak dan tertekan.

“Alhamdulillah Presiden PKR juga telah buat ‘u-turn’ pendirian beliau sebelum ini dengan turut menyokong pendirian Umno dan Pemuda Umno agar Kerajaan segera benarkan pengeluaran KWSP.

“Ini bermakna PPBM (Bersatu), PAS, DAP dan yang terbaru PKR kesemuanya kini sudah merubah pendirian mereka dengan menyokong tuntutan rakyat agar dapat mengeluarkan buat kali terakhir KWSP RM10,000.

“Moga kerajaan dapat segera meluluskan pengeluaran ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan menyatakan beliau kini mendukung agar pengeluaran KWSP dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.

Beliau turut menggesa kerajaan mengambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here