JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur sehingga jam 7 malam ini.
Manakala beberapa daerah di Kelantan, Johor, Sarawak termasuk Selangor sehingga jam 8 malam.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera).
“Manakala Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu) sehingga 7 malam; Rabu, 9 Mac 2022.
“Sementara ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Selangor (Klang dan Petaling); Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) sehingga 8 malam; Rabu,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

