Pejuang mampu beri kestabilan politik, ekonomi Johor

0
2

Najamuddin Mohd Nor

KETIDAKTENTUAN hidup rakyat akibat pergolakkan politik berpanjangan dalam kerajaan boleh berakhir jika calon parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Calon Pejuang, Mohd Akhiri Mahmood, berkata itulah peranan 45 calon parti itu yang menawarkan perubahan kepada rakyat dan Johor khususnya.

Berusia 50 tahun, Mohd Akhiri bertanding dalam saingan 7 penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir.

Menurutnya, atas desakan senario politik negara ketika ini, beliau terjun ke dunia politik semata-mata untuk memberi tawaran kepada rakyat wadah politik baru.

“Ini adalah kerjaya ketiga saya. Sebelum ini saya bekerja di syarikat swasta, kemudian menjadi ahli perniagaan dan ketiga untuk menjadi wakil rakyat.

“InsyAllah dengan pengalaman yang saya ada, sudah tiba masanya saya mengerah kudrat untuk membantu masyarakat di kampung halaman saya ini menjadi lebih maju dan tidak seorang pun tercicir daripada arus kemajuan,” katanya.

Mohd Akhiri ditemui ketika sedang giat berkempen di pekan Panchur, pagi tadi.

DUN Bukit Pasir yang terletak dalam Parlimen Pagoh adalah kerusi tunggal yang dimenangi Najib Lep dari PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Najib memperolehi undi 9,835 undi menewaskan calon BN, Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undi.

DUN Bukit Pasir menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang menyaksikan penyandang kerusi berkenaan bertanding sebagai calon Bebas kali ini.

Mohd Akhiri akan menentang calon Bebas Najib Lep, Mohamad Fazli Mohamad Salleh calon BN, Elia Nadira Sabudin (PH), Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN) dan Johar Siraj (Bebas). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here