PUSAT hiburan atau kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana premis tersebut berisiko tinggi dalam menyebarkan virus Covid-19.
“Bulan April nanti hanya ada satu premis sahaja yang masih tidak boleh dibuka iaitu kelab malam.
“Ia merupakan premis yang berisiko tinggi walaupun dalam peralihan endemik,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Kerajaan tidak membenarkan aktiviti berkaitan kelab malam sejak penularan Covid-19 pada Mac 2020. – Malaysiapost

