Belum ada vaksin kanak-kanak usia lima tahun ke bawah – KJ

0
1

Nilam Oshman

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan masih belum ada vaksin Covid-19 yang diluluskan untuk kanak-kanak lima tahun ke bawah setakat ini.

“Untuk kanak-kanak usia lima tahun ke bawah, kita harap bahawa akan ada bukti-bukti daripada ujian klinikal yang boleh dikemukan supaya Pihak Berkuasa Dadah Kebangsaan dapat menilai.

“Setakat ini, belum lagi ada vaksin yang diluluskan untuk golongan usia lima tahun ke bawah,” katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, KKM akan menggunakan pendekatan kesihatan awam lain, seperti penjarakan fizikal, pelitup muka dan ibu bapa disaran tidak membawa anak-anak usia lima tahun ke bawah ke tempat awam atau sesak.

“Namun, kadang-kadang kanak-kanak usia lima tahun ke bawah tidak sesuai pakai pelitup muka.. mungkin usia lima tahun boleh pakai, yang muda tu tak sesuai.

“Jadi, kita kena betul-betul melindungi mereka. Ibu bapa kena fikir sebelum bawa kanak-kanak usia lima tahun ke bawah ke tempat yang sesak, awam dan sebagainya.

“Ini adalah lebih kepada langkah-langkah keselamatan awam yang perlu dilaksanakan kepada golongan kanak-kanak tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here