Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri petang ini

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang) dan WP Kuala Lumpur.

“Termasuk WP Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban) dan Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) sehingga 5 petang ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here