Najib yakin Parit Yaani milik BN

0
1

Najamuddin Mohd Nor

MESKIPUN dianggap ‘underdog’, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, tetap berusaha yang terbaik untuk merampas kembali kerusi berkenaan.

Datuk Mohd Najib Samuri, 39, tetap optimis mampu menang dalam saingan empat penjuru yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal; Pakatan Harapan (PH) diwakili Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, sementara Pejuang meletakkkan Mohd Ridhauddin Mohd Tahir.

“Ini kali pertama saya bertanding dalam pilihan raya, jadi saya ni calon underdog (bukan pilihan). Berbanding calon PH, selain penyandang dia ketua pembangkang di Dewan Negeri.

“Begitu juga calon PN, Ketua Pemuda PAS Johor ini pernah bertanding pada PRU14 melawan Muhyiddin (Yassin), kalah tapi kini bertanding dalam team Muhyiddin,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Mohd Najib yang juga Ketua Pemuda Umno Sri Gading menjelaskan, ia tidak bermakna beliau menyerah kalah atau sambil lewa.

“Umno dan BN telah bersiap siaga, pelbagai program kempen telah kita atur untuk memastikan BN menawan DUN Parit Yaani.

“Jadi siapa pun lawan, kita kena hadapi dan tidak gentar. Yang penting konsisten laksanakan apa yang dirancang untuk rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, DUN Parit Yaani dimenangi oleh Aminolhuda daripada PH dengan majoriti 4,834 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here