PM dijangka umum pembukaan sempadan negara petang ini

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan hala tuju baharu pengurusan pandemik Covid-19 negara dalam sidang media jam 5.30 petang ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pada sidang media itu juga, Perdana Menteri dijadual akan mengumumkan perancangan negara membuka sempadan antarabangsanya.

“Ismail Sabri akan umumkan hala tuju pengurusan pandemik dan perancangan pembukaan sempadan antarabangsa negara pada jam 5.30 petang ini,” ciapnya di Twitter.

Perdana Menteri akan mengadakan sidang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform Facebook (FB) Live jam 5.30 petang hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

Bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.

Ismail Sabri berkata, langkah itu sebagai menambah laluan VTL sedia ada melibatkan Singapura dan Indonesia yang masih dalam perancangan.

Sementara itu, Khairy sebelum ini memaklumkan Kabinet sudah bersetuju dengan tarikh pembukaan sempadan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here