Hari ini genap lapan tahun episod duka tanpa noktah tragedi MH370

0
1

TANGGAL 8 Mac 2014 meninggalkan memori hitam yang menyayat hari kepada seluruh rakyat Malaysia selepas dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Hari ini, pada 2022 genap lapan tahun tragedi tersebut berlaku namun kehilangan pesawat bersama 227 penumpang dan anak kapal itu terus kekal menjadi misteri.

Tragedi pesawat MH370 ini semestinya meninggalkan impak besar kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi waris yang terlibat kerana boleh disifatkan sebagai episod duka tanpa noktah.

Mengimbau kembali bermulanya tragedi duka itu, awal 8 Mac lapan tahun lalu, pesawat MH370 milik Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam perjalanan ke Beijing, China telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Rentetan daripada itu, pengumuman tergempar disiarkan secara langsung dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Misi pencarian dan menyelamat besar-besaran dilakukan kerajaan Malaysia bagi mengesan keberadaan pesawat MH370 dan turut disertai beberapa negara lain.

Pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik, berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Alright, goodnight” atau “Baiklah, selamat malam” .

Ia adalah ungkapan terakhir yang didengari daripada pesawat MH370 yang hilang pada tarikh hari ini lapan tahun lalu.

Malaysiapost mengucapkan takziah kepada waris penumpang dan anak kapal MH370. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here