Lagi tular ambulans berhenti beri laluan kenderaan VIP?

0
1

SATU lagi kejadian ambulas diberhentikan kerana dipercayai memberi laluan kepada kenderaan orang kenamaan (VIP) tular di pelbagai platform media sosial sejak malam tadi.

Ia dipercayai kejadian kedua melibatkan ambulas dan kenderaan VIP selepas insiden sama dilaporkan berlaku pada Disember lalu hingga menimbulkan kemarahan netizen.

Berdasarkan video terbaharu daripada rakaman dashcam ambulans yang dimuatnaik di media sosial, ambulans itu diberikan laluan oleh kenderaan di satu satu jalan dua hala dengan siren kecemasan dibunyikan.

Bagaimanapun ambulans tersebut kemudian dihentikan oleh dua anggota polis trafik kerana bagi memberi laluan kepada beberapa kenderaan dipercayai melibatkan VIP di satu laluan lain yang berhampiran.

Berdasarkan rakaman itu, ambulans tersebut terpaksa berhenti selama kira-kira 30 saat.

https://twitter.com/Tsgxy_/status/1500467943733284865?t=rtUjYzU4d_HoYieh4OaPRA&s=19

Pada hujung Disember lalu, tular rakaman sebuah ambulans terpaksa berhenti di sebuah simpang jalan bersama sebuah kenderaan Bulan Sabit Merah, walaupun dalam keadaan siren kecemasan dibunyikan.

Ia bagi memberi laluan kepada beberapa kenderaan dipercayai dinaiki rombongan VIP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here