Hujan lebat sebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang

0
1

HUJAN lebat hampir dua jam di sekitar Lembah Klang petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Kuchai Lama dilanda banjir kilat.

Berdasarkan video yang dikongsi pengguna laman Twitter, banjir kilat tersebut dikatakan berlaku berdekatan dengan stesen Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kuchai Lama.

Video berdurasi 28 saat yang dirakam orang awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut.

Dalam video tersebut kelihatan beberapa kenderaan yang berada di tengah jalan raya sudah ditenggelami air, dan rakaman tular itu juga menunjukkan seorang individu terpaksa memanjat bumbung kereta untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, menerusi perkongisian di media sosial juga menunjukkan keadaan tempat letak kereta Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras turut terjejas akibat banjir banjir kilat.

Terdapat pokok tumbang menghempap barisan kereta di sebuah parker, turut dipercayai berlaku di kawasan tempat letak kereta HUKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here