Covid-19: Angka baharu turun 6,000 kes

0
2
Kelihatan orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengeluarkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di Bank Simpanan Nasional sekitar Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mempercepatkan bayaran BKC mulai semalam dan melegakan penerima-penerima yang menanti bantuan yang telah dijanjikan kepada semua pihak yang terkesan.

MALAYSIA melaporkan 27,435 kes baharu Covid-19 semalam, menurun berbanding 33,406 semalam dan 33,209 kes kelmarin.

Menurut data dimuatnaik di portal Covid Now hari ini, jumlah keseluruhan kes sejak wabak tersebut melanda negara kini meningkat kepada 3,622,607.

Kes aktif kini berjumlah 308,252, meningkat 19.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu Selangor merekodkan kes tertinggi semalam iaitu 7,012 kes diikuti Kedah (2,721) dan Kuala Lumpur (2,685). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here