Umno berpenyakit, lemah dan perlu ditukar – Hadi

0
1
hadi awang fb

PENGUNDI Johor perlu menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) yang kini ibarat sudah ‘lumpuh’ dengan memilih Perikatan Nasional (PN) bagi memimpin kerajaan negeri, kata Presiden PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, BN yang tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu direhatkan kerana ditimpa pelbagai penyakit disebabkan terlalu lama memerintah negara.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, perubahan perlu dilakukan melalui kertas undi dan bukan dengan protes jalanan sebagai memenuhi proses demokrasi untuk memilih sesebuah kerajaan.

Menurutnya, PN adalah pilihan kepada rakyat Johor kerana menawarkan ikrar terbaik dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’, manakala Pakatan Harapan (PH) pula selalu mungkir janji.

“Kerana terlalu lama memerintah, berlakulah isu-isu seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN seperti mana diketahui umum hari ini.

“Ibarat mereka berusia 60 tahun, Umno telah lemah dan perlu ditukar. Rakyat perlu beri kepercayaan kepada PN bermula PRN Johor ini,” katanya selepas ceramah di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang semalam, lapor Utusan Malaysia.

Tambah Abdul Hadi, rakyat Johor juga perlu menghukum BN dan Umno pada PRN Johor dengan tidak mengundi calon-calon gabungan itu sebagai pengajaran disebabkan kerakusan dan ketamakan mereka.

“Mengundi bukan boleh main-main, bukan kerana mendapat upah RM50 atau RM100 dalam masa dua minggu tetapi mengundi untuk tempoh lima tahun sekali yang dibenarkan dalam demokrasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here