Perhilitan tangkap gajah jantan sesat

0
1

SEEKOR gajah jantan yang tersesat di Kampung Bukit Selar, Jeli, ditangkap dalam satu operasi pada 26 Februari lalu.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan operasi tangkapan itu dibuat oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.

“Operasi tersebut dijalankan susulan maklumat daripada orang kampung berkenaan kehadiran Gajah tersebut di lokasi tangkapan,” katanya.

Menurut Perhilitan, gajah tersebut berada dalam keadaan sihat sepanjang operasi dijalankan.

“Sehubungan itu, Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sepanjang operasi tangkapan Gajah ini dijalankan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here